Monday, January 4, 2010

MengingatiNya setiap detik dan ketika..

Yang penting..mengingati Allah setiap waktu dikala senang dan susah adalah begitu penting dalam menjalani detik detik kehidupan kita dialam fana ini...Ya Allah...sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Esa, Maha Kaya dan Maha Mengetahui segalanya...Kami hanyalah HambaMu yang lemah,yang banyak menzalimi diri kami sendiri...Hanya padaMU kami berserah dan jauhkanlah kami daripada ujian-ujian yang tidak tertanggung oleh kami...Amiiin
Wahai anak-anakku..Banyakkan istighfar dan zikrullah setiap detik dan ketika dan jadikanlah bacaan Alfatihah dan Ayatul Kursi itu sebagai bacaan yang sentiasa menghiasi lidah dan bibirmu...Juga amalkan Doa Abu Darda sebagai salah satu doa untuk keselamatan diri dan hartabenda yang dibaca selepas Solat Subuh dan setiap kali melangkah keluar meninggalkan rumah kerana Rasulullah bersabda"Sesiapa membaca diawal hari dia tidak ditimpa musibah sehingga petang dan sesiapa membaca diakhir hari,dia tidak akan tertimpa musibah sehingga Subuh."

Semangat Kejiranan

Pagi ini sekitar 7.00 pagi saya dikejutkan dgn kejadian kebakaran ke atas rumah jiran kami di Putrajaya. Kebetulan pula saya berada di Melaka. Saya amat memuji sikap jiran sebelah rumah saya yang mengambil inisiatif utk menghubungi saya memberitahu bhw rumah jiran di depan rumahnya terbakar dalam pukul 2.30 pagi.

Saya bersimpati dgn jiran kami & Alhamdulillah beliau suami isteri selamat cuma anak mereka mengalami kecederaan. Sebenarnya Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita di dalam menghadapi dugaan. Sentiasalah kita mengingati Allah & sentiasa membuat kebajikan kpd masyarakat sekeliling.

Saturday, December 26, 2009

Santai di Melaka

Lihatlah pelancong2 yg melawat Melaka pada 18/12/09 ni..meriah dan ceria tak?..Cuti2 Malaysia...hahaha

Friday, December 25, 2009

Syukur..

Alhamdulillah..syukur...ini post pertama dari saya untuk blog ini.Seronok ada,gementar pun ada..hehe..anyway I'm so happy to share my aspiration and experience with you ,InsyaAllah. Allah is Great and InsyaAllah I'll try my best...Happy reading...